Showing posts with label hari istimewa. Show all posts
Showing posts with label hari istimewa. Show all posts

lambat tp bermakna bg aku

internet kat kolej buat hal 2 3 hr nie.. agak membosankan bila sisa-sisa hidup setiap hari di habiskan dgn melepak dngr lagu je.."ape pon x bole".. nk download pe bende pon haram x bole,nk FB plak, mcm siput segan nk kluar kepala,nk bukak pg lain lg la x bole blah -___-

hari2 cuti aku dihabiskan utk unpack brng,kemas bilik,basuh baju,pegi open house n shopping keperluan diri..ok la tuh ade gak pengisiannye kan :)


entry nie sbnrnye nk post smlm tp tenet mcm haram so hr nie la aku post ..even da terlewat 1 hr aku tetap nk ckp Selamat Hari Lahir Malaysia,alhamdulillah kita masih lg hidup dalam aman berbanding negara2 lain yg berperang n x lupa jugak yg kebuluran.kite masih bebas bergerak ke mana2, masih bole belajar , dpt kemudahan pelbagai n sbgainya lah.diharapkan ia kekal selamanya..amin






p/s : nk bersiap2 nk g perabih duit haha -____-

kerana dia abahku - Selamat Hari Bapa :)

kepada abah yang terchenta, Encik Azahar Bin Abd Rahim 
terima kasih yang x terhingga atas pengorbanan selama ini,
terima kasih atas segala susah payah abah membesarkan kami adik beradik, 
terima kasih ats segala kebahagiaan yg diberi  
terima kasih juga atas segala kesenangan yg diberi.

walau bkn abah yg lahirkan kami
tp byk sgt pengorbanan abah utk membesarkan kami
x bole bls ngan wang ringgit,sma mcm pengorbanan mak jugak
anak2 mntk mcm2 sedaya upaya abah sediakan 
jrng abah x beri apa yg kami nk

abah aku seorang yg cool
abah x penah tunjuk yg die ada mslh 
even masalah dtg abah ttp cool
tp aku tau dlm hati abah, tuhan je yg tau

abah kalau boleh nk anak2 die rse hidup selesa n mewah mcm anak2 org lain,
aku igt lg time PMR dlu, abah ader bg tau yg abah x mampu nk hantar aku tuisyen
tp aku x kesah pon mase tu sbb aku phm ekonomi x brapa stabil
tp alhamdulillah aku berjaya dpt 8A
abah n mak hepi sgt time tuh

adik2 kata angah manja ngan abah
sume angah mntk abah kasi
yup angah admit mmg angah manja ngan abah
tp angah tau abah adil ngan anak2 abah yg lain jugak :)

abah lah pemberi kekuatan dlm family
xda abah, kami seyes x boleh hidup
so abah kene kuat utk kami ok! sbb kami akan slalu ngan abah
masa susah senang abah insyaAllah kami akn teguh utk abah 
sbb abah juga slalu ada mse ssh senang kami :)


abah,
angah nk mntk maaf dr hujung rambut sampai ke hujung kaki yep
angah tau angah  anak yg nakal,degil,xnk dgr ckp abah kn
halalkan segala makan minum yg abah beri ye
insyaAllah angah xkn sia-siakan hidup abah n mak nnt

walau seribu org ayah yg dtg pada aku
aku ttp pilih abah aku yg 1
sbb abah insan istimewa yg aku ada
xda ganti yang lain dah

angah akan sentiasa doakan abah semoga panjang umo,murah rezeki
semoga abah dpt dinaikkan pangkat lg
semoga abah sentiasa sihat walafiat
maintain romantik :)
semoga perniagaan beger abah maju :P

yg paling penting
angah akn selalu doakan kebahagiaan abah
di dunia dan di akhirat.
abahlah hero kt hati angah selamanya.
hingga hujung nyawa
Angah nk abah tau,angah syyyyggg abah! :)


gamba beday abah taun lepas :)


19 Jun 2011
Selamat Hari Bapa kpd abah tersayang Encik Azahar Bin Abd Rahim
  Superhero Angah
Terima Kasih utk segalanya
:')




p/s : disebabkan abah keje awal pg esok aku call wish awal2 td n abah nangis huhu "terima kasih angah,i love you", sweetnye la abah aku nie kan. n aku replied " i love you too"..abah, angah syg abah lg byk abah syg angah taw! 
SELAMAT HARI BAPA KPD SUME BAPA KWN2 BLOGGERS JUGA :)

Solat Gerhana Bulan - 14 Rejab 1432H bersamaan 16 Jun 2011


Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang  umbra 
bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang 
penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh 
berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.




Pada waktu ini umat islam sangat digalakkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sebanyak 2 rakaat atau ia juga dipanggil Solat Khusuf.Kalau dilakukan secara berjamaah lagi banyak ganjarannya 


Lafaz niat


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Maksudnya;
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Khaifiat

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan 
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih  sempurna adalah seperti 
berikut: 

a.  Rakaat Pertama 

1. Takbiratul Ihram. 
2. Membaca doa iftitah. 
3. Membaca surah al-Fatihah. 
4. Membaca surah al-Baqarah  atau mana-mana surah. 
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat. 
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.  
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah. 
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat. 
9. Iktidal.  
10.Sujud dan membaca tasbih. 
11.Duduk antara 2 sujud. 
12.Sujud kembali. 
13.Berdiri ke rakaat kedua. 

b.  Rakaat Kedua 

1. Membaca surah al-Fatihah. 
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah. 
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat. 
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.  
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.  
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat. 
7. Iktidal. 
8. Sujud dan membaca tasbih. 
9. Duduk antara 2 sujud. 
10. Sujud kembali. 
11.Membaca tasyahud akhir. 
12.Memberi salam.

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:  

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)"

Jom la kita solat ramai2! sbb ia hanya berlaku sekali dalam seumur hidup.Ia adalah sebagai tanda bahawa betapa kita sebagai hamba sangat kerdil di sisi Allah.InsyaAllah masa yang diluangkan mendapat ganjaran besar dari Allah. 

maklumat lanjut boleh klik [DI SINI]




p/s : insyaAllah nk tggu gerhana bulan mlm nie :)




ini untuk mereka yang teristimewa

Terima kasih buat semua guru2 aku dr zaman tadika smpai zaman universiti nie.
tanpa mereka semua, im nothing!
betapa besar pengorbanan mereka mengajar aku x pernah jemu.
tanpa mereka aku xkn berada di mana aku berada sekarang. :')

dan buat yang teristimewa, 2 org guru yang sentiasa berada di hati selama-lamanya
yang sentiasa menyokong,
yang sentiasa memimpin di saat aku jatuh,
pemberi nasihat di saat aku lemah,
pemberi semangat utk aku terus maju,
Mak n Abah
Guru yang x pernah jemu mengajar erti hidup di dunia x lupa juga hal akhirat
penuh tabah dan sabar mendidik kami
penat lelah mendidik anak2 mu ini sgt2 di hargai hingga hujung nyawa :')

Terima kasih sgt2,
saya sayang anda semua! :)



SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...