#Perkongsian Jumaat : Rahsia Surah Al-Kauthsar





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

 5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

 Wallahualam....




p/s : Jumaat terakhir di tahun 2011. Semoga hari anda dipermudahkan dan mendapat berkat.Amin.

#8 Spontaneous Thursday



Maaf,utk kesekian kalinya..alasan yang sama.
- xda mood nk berblogging,x bukak blog rindu, bila bukak tekan X blk :(
- nnt aku dtg jenguk kwn2 yg dropped by ok
tgh cr "adwa" dlu yg gila blogging

so sori
my bad 
:'(


Wall of Memories

xde ape yg nk di update sangat pon,cume nk menunjukkan kegigihan hari nie ke kedai print dengan anak pkcik Baharom utk print gamba yg da lama sangat nk print. pas isya' gigih tampal 1 1 kt wall ^^


they are part of me

this is what i called
"Wall of Memories"


nanti dr masa ke masa nk tambah lg.bia bilik hostel penuh gamba :)



p/s : mak abah dtg KL esok.semoga perjalanan mereka selamat..angah x sabar nk jumpe mak abah! :')



#Perkongsian Jumaat - Hikmahnya...

Setiap yang hidup pasti akan menemui penciptanya
tidak mengira tua atau muda
satu saat tidak pernah terlewat atau terawal

saat jenazah diusung
saat itu hanya amalan sahaja yg dibawa
saat dibacakan talkin
saat itu pasti yang hidup akan merasa sungguh insaf tentang ke khilafan diri


adakah di antara kamu tahu apakah hikmah disebalik menggunakan nama ibu bagi menggantikan nama bapa pada bin atau binti simati semasa dibacakan Talkin ?


Hikmahnya:
 "bukan semua orang ada ayah, tak mungkin nak malukan si mati dihadapan kuburnya sendiri"


Pemanjat handal yg awesome, itulah atuk aku! ^^


3 hr kat kampung mmg sgt menjadi gadis kampung la aku..seronok nye tuhan je taw habaq hang!,mkn mknn kg,pakai kain batik *sumpah aku pon x caye aku bole pakai kain batik dgn baik bhahahaha :P
smlm sblm balik request kat atuk sedara aku nk mkn manggis

"tok udeeeee,angah nk mkn manggis laa" *sambil buat muka comel2 gituw! aww! aww!
"haa nnt tok ude kaitkan..nnt angah bole bw blk kl sket"
"weee~ syg tok ude!" <---- ayat bodek! haha

bermula la meredah belantara utk mengait manggis..ok aku tipu! sbb pokok manggis depan rumah jer -___-"



tok ude aku nie kecik jer orgnye..die panjat ghupe lipas kudung taw!

tgk! sempoi je dok kt hujung2 dahan tu,klu aku, tobat xmo panjat dah -_-"

kanak2 bawah umur perlu pengawsan ibu bapa,jgn cuba aksi ini di rumah okeh! haha
tok ude aku panjat tanpa gune tangga ke ape ke ok!..aku pusing2 je tgk tok ude aku dah ade atas pokok da -___-"
yg aku mcm org gila kt bwh nie dok jerit " tok ude belah sane tu angah nmpk byk ungu2!" ~_~
sakit tengkuk aku mendongak tp seronok x tentu hala bila buah manggis gedebuk gedebuk jatuh ke tanah :D

tok ude ckp mane buah2 manggis yg jatuh ke tanah x bole jual sbb x tahan lama,so yg mana jatuh tu sume da msuk ke mulut aku bertubi2 kehkehkeh
yang dipetik elok2 sume di bawa mendarat dengan sempurna menggunakan karung guni hand made punya tu woi!

cume 1 yg x bestnye,aku x bw blk bangi ponnnn! sbbnye kete da penuh ngan buah2 lain.antaranya rambutan n langsat -____-"

sekian...

Hari tu kumpul duit..skrng serius akan berkahwin :)

Alhamdulillah perbincangan kedua2 belah pihak berjalan lancar n dah tetapkan tarikh 11/2/12 dipilih.semoga semua berjalan lancar.amin

perjalanan dr Malim Nawar Perak ke Sg. Besar Selangor tadi rse berbaloi sgt2.x terasa letih sbb excited gila kot.skrng nie persediaan brangan hantaran,kad kahwin, kehmah n lain2..huhu seriously x sabar laa ^^

bkn senang nak menyatukan 2 keluarga dengan cara yang direstui.mmg kene amik langkah slow2 n efektif bru berjalan lancar hee :D


bakal pengantin jauh di perantauan..td bru call n dapat persetujuan 100% dengan cadangan dr 2 buah pihak..so skrng ke pasang badan jela..opss! sblm tu kene p daftar kat pejabat agama dlu n cop tok kadi,n saksi siap2 :P

semoga perkahwinan abg angkat ku Abg Ngah n Kak Nana berjalan lancar n semoga alam perkahwinan yang bakal dilalui mendapat redha Allah hingga ke akhir hayat.Semoga berbahagia ke anak cucu.Amin.


bukan aku yang kawen laaa..org lain okay! hihi..belajar pon x abes lg, tp klu rse nk makan parang ngan abah tryla klu brani -___-"




p/s : cuti dah abes bro.blk KL esok! :(

#Perkongsian Jumaat - Kelebihan Surah Alam Nasyrah


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.






p/s : pulang ke kampung mlm nie :D

#13 Wordless Wednesday (I love U!)



chatting ngan abah <3





p/s : kasih ibu bawa ke syurga,kasih abah tiada tandingnya.Percayalah abah,syg angah pada abah lebih dr  abah syg angah.   
i miss u n mom so much too! :'(

10 Muharram 1433


Assalamualaikum n good morning!

Dari Ibnu Abbas r.r berkata Rasulullah S.A.W bersabda: " Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) makan akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah,dan 10,000 pahala orang mati syahid,dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura,mka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka"



Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa! :)


request kat mak nk bubur asyura blk jumaat nie :)
*gmba pkcik google



p/s : hr nie berbuka beramai2 dgn bdk praktikal lain.wee~


Sekali bah,kajang berubah!



1st skali kite letak gamba feeling2 ombak rindu lu sbb nk cter sal  ombak2 gak nie


mukadimahnya nk cter sal banjir yg x semena2 melanda kajang smlm gara2 1 kwsn tanaman yg sistem perparitan x berapa nk hensem.*gila baku -____-

smlm xde ombak xde rindu kajang tetibe banjir, sian aku tgk org2 kedai kat kajang sibuk bersihkan kedai masing2.berselut sana sni kot
hr nie aku n membe nk g kajang sbb nk melawat kawasan jajahan kami la..*PANGGG!!!! eh salah2! sbnrnye, 1st nk cr tiket blk Johor n 2nd sbb kami ber2 craving for fast food..hahhaa gigih x gigih itulah kami.anak incik azahar n anak incik baharom wee~

memula nk mkn Mcd skali tgk pekerja McD sume tgh sental kerusi.so maknanya Mcd x bkk la tuh..kuciwa! kuciwa!.stelah berpatah hati ngan incik Mcd..kami beralih arah ke incik janggut putih a.k.a kepci.

anak incik azahar

anak incik baharom

ok gamba x bole banyak2,kantoi sudah di atas tu mkn smpai tnggl tulang..so 2 gambar sudah memadai utk menunjukkan kami mmg bersungguh2 nk mkn fast food hr nie hikhikhik :D

da mkn,merendek pekan kajang..beli brng n cr hadiah beday member.pastu perut kriuk..kriuk lapaq ayaq..so p beli cool blog baq ang!.sudah berzaman kempunan!

nie pon menunjukkan kerakusan ku terhadap cool blog
dah suku habis bru igt nk snap :P




p/s : sumpah mls nk berblogging sejak habes event company hr khamis ritu...mood kelaut -___-


bah - banjir



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...