Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra
bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang
penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh
berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.
Pada waktu ini umat islam sangat digalakkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sebanyak 2 rakaat atau ia juga dipanggil Solat Khusuf.Kalau dilakukan secara berjamaah lagi banyak ganjarannya
Lafaz niat
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Maksudnya;
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Khaifiat
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berikut:
a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.
Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)"
Jom la kita solat ramai2! sbb ia hanya berlaku sekali dalam seumur hidup.Ia adalah sebagai tanda bahawa betapa kita sebagai hamba sangat kerdil di sisi Allah.InsyaAllah masa yang diluangkan mendapat ganjaran besar dari Allah.
maklumat lanjut boleh klik [DI SINI]
p/s : insyaAllah nk tggu gerhana bulan mlm nie :)
40 comments:
thanx untuk info ini..
SEGMEN SIMPLE: KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI AKU ...
selamat gerhane :)
kte pn nk try tunggu gak!! huuuu~ ;D
nak tunggu tapi rase mcm kena tido je..esok dah nk kerja..
kita sesama tunggu . insyaAllah :)
nasz : sama2 ^^
syrupmasin : slmt2! ^^
rumet : ok kite tggu sama2,bole jemaah skali wee~
faiz : tula esok ade klas gak tp xpe bkn slalu :)
shazmiey : waa pon rindu sama lu!!! hihi
aah gerhana mlm nie.jom tggu!! :)
alhamdulilah..
x sabar nak nantikan bulan puasa
yg mulia
thanks for the really good info!
sama2 kita beramal
X)
terima kasih kongsi ilmu,adwa..:) bru abg thu mlm ni gerhana bulan.
kay : yup x saba jugak nie wee~
arief : most welkem dude! yep sama beramal :)
abg stalker : sama2 :) jom pakat2 tggu gerhana bulan
Terima kaseh atas info ne ea..
=)
i.allah kita sama2 buat mlm ni
baiklah ustazah!
uhuu.. ngantok..xtahan da.. kene tdo.. syamat malam
gerhana bulan paling gelap dalam tempoh 11 tahun... fuuhh ..
tahun 2011, 2012, 2013 cuaca dunia akan jadi tidak menentu...contoh..kekerapan gempa bumi...
sempat ag ni....:P
indahnya ciptaan tuhan..
nak sepertiga malam dulu ah..:)
:) semoga aku rajin malam nih...dugaan2....
thnks for sharing =)
cik scya terlepas . sedih sgt T.T
harap-harap rajin malam ni. :)
kawan ayie ada tgok bulan malam tadi.. dia tegor bulan cantik.. tapi ayie ak pandang pon
masa bile gerhana nya?aku daterlepas ke?hu3
x sempat nak solat sunat... huhu
x sabr la plak nak ramadhan..
dh dekat sgt...^^
tak terjage pagi tadi :(
ko dapat tgk kan
tp kalau x pakai kaca mata cerapan mana jelas
apik terlupa semalam sebb tido awal
emmany : sama2 ^^
ibnubaba : alhamdulillah sempat buat mlm td :)
adib : haha sama2 ^^
kokser : adeh rugi la x tgk..subahanallah hebat tau!
abu huzaifah : ermm seronok gila dpt tgk smlm :)
zora : hihi ^^
abu : yep sgt2 indah ^^
haikal : bkn hr nie je insyaAllah tiap2 hr ^^
rara : welkem ^^
scya : huhu xpe2 tgk video yg org upload hihi^^
hana : insyaAllah hrp2 slalu la
ayie : alaa rugi la ayie!
aleen : mmg ko da terlepas la alin da lah..haha
dean : aloo yeke..sebaik adwa sempat..adwa pon same x saba nk ramadhan :)
ihsan : cikgu rugila..cantek woo~
aimi : dpt tgk tp besela mmg x jelas pon hehe..tp alhamdulillah dpt gak tgk
apik : adeh apik rugi2! hoho
hye adwa!..
cpt update blog@
cantik bulan pagi tadi kan.tapi tengok gambar je..tak terbangun pulak nak tengok live
alhamdulillah..
thanks cik adwa utk info ni :)
alangkah indahnya kebesaran Dia ^^
uwahhhh...ayie xdpt nak tgok live lol semalam sebb tido awl..hehe
ayie : rugilah bkn slalu ada nieh huhu
malam tadi kannn..
tak nmpk pun..grrrr
rugila nmpk kot..streaming pon ada :P
tp alif terlepas tgk secara live gerhana ni .. hu3 =,=
Rasa rugi pulak sebab terlepas tengok gerhana tu... ;|
banyaknye mende tahu kan~
alif : alamak rugi la x tgk live huhu
yousof : mmg rugi wooo~
adib : rajin membaca tahu lah :)
fifi tak bangun pon time ni,,ahahhaa
Post a Comment