Tribute to blogger "telurdibasuh"

Firman Allah SWT,

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka Sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu jua, Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, lalu akan di beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan". (Surah Al-Jumuah : 8) 

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa manusia sehebat manapun dirinya, mereka tetap akan menghadapi saat kematian tidak kira tua atau muda,miskin atau kaya.

Sebelum tiba saat kematian, manusia akan menempuhi saat sakaratul maut iaitu detik apabila rohnya hampir dicabut. Menghadapi kematian (sakaratul maut) adalah satu detik paling dahsyat, sehinggakan para sahabat akan jatuh jatuh pengsan dan sentiasa menangis jika mengenangkannya.

peringatan ini adalah untuk aku dan juga semua manusia..ingatlah bahawa kematian akan menjemput kita pada bila2 masa..jangan pernah berhenti perbanyakkan amalan..berbuat baiklah sesama manusia kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput.

smlm dunia blogger dpt berita kematian blogger "telurdibasuh" atau nama sebenar die Abdul Hakim Mohd Kamal,seorang blogger muda, pelajar UniKL.. Arwah meninggal sebab jangkitan pada paru-paru. Peparu dia jadi keras tak boleh berfungsi sendiri.die da asma,start semput masa mandi air terjun Kanching dengan member2 die.
Jenazah selamat dikebumikan selepas solat asar semalam

Sama2 kite sedekahkan al-fatihah kpd arwah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman


more info :

 

14 comments:

blogtilldrop said...

Al fatihah

cucu umie said...

semoga rohnye dicucuri rahmat..dan memang kejadian manusia yang hidup psti akan kembali kepada yg maha penciptanya dan oleh itu kite kne ingt kematian untuk menginsafkan kita

nabila izyani said...

al fatihah

Shamsuddin Amin said...

semoga ditempatkan d golongan yg beriman... Amin....

~~Ticer Wann~~ said...

Al-fatihah...moga dia diamsukkan bersama orang yang soleh amiin..

faiz said...

al-fatihah..semoga kita muhasabah diri...maut xkenal usia..

ayie said...

rindu dengan blog dia yg pic terbaik..takziah untuk keluarga

ABU said...

al fatihah..

Amoi said...

pernah nampak dia singgah kat blog ai dulu sebelum ai buang shoutbox dulu.

mykhalis said...

Alfatihah.. Khalis rasa terharu walaupun kita hanya berkenalan di dunia online tapi kita semua umpama saudara

Ayie said...

innalillah..

YOUsoF said...

Al-fatihah...

betul kata Khalis tu..

rj Etika said...

ohh..baru tau harini bile singgah dekat blog die siang td.
(gile lambat amek tau psal dunia..ciss)

Alfatihah. Sangat setuju dengan Khalis. :)

amna said...

al-fatihah
semoga tenang di sana, sama-sama kita doakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...